Recent Posts

Thursday, October 15, 2015

Xiaomi Malaysia Mencari Peminat Untuk Mencuba Yi Action Camera – Kamera Aksi Daripada Xiaomi

Xiaomi Malaysia Mencari Peminat Untuk Mencuba Yi Action Camera – Kamera Aksi Daripada Xiaomi

:

Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Yi Action Camera, iaitu sebuah kamera aksi seumpama GoPro daripada Xiaomi. Pihak Xiaomi hari ini melalui forum rasmi mengumumkan yang mana mereka sedang mencari lebih kurang 10 peminat Xiaomi di Malaysia untuk mencubanya.

Xiaomi Yi Action Camera merupakan kamera aksi dengan rekaan yang bersaiz kecil dan ringan (sekitar 72gram). Ia dilengkapi dengan sensor 16-megapixel Sony Exmor R BSI CMOS, yang mana boleh digunakan untuk merakamkan gambar dan juga video pada kadar 60fps dalam resolusi 1080p.

Xiaomi Yi Action Camera ini hadir dengan sokongan kalis air dan boleh digunakan pada kedalaman sehingga 40 meter. Seperti produk Xiaomi yang lain, kamera aksi ini boleh dihubungkan ke telefon atau tablet melalui WiFi untuk tujuan menggunakannya dengan lebih efektif atau pemindahan gambar.

                            Xiaomi Yi Camera

Di Malaysia, beberapa penjual telah pun mula menawarkan Xiaomi Yi Action Camera ini pada harga sekitar RM290. Namun, ini bukanlah harga rasmi, dan sama-sama kita nantikan sama ada pihak Xiaomi akan melancarkan ia secara rasmi atau sekadar menawarkan ia untuk dicuba oleh pengguna tempatan sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada halaman khusus Xiaomi, dan berpeluang menjadi antara yang bertuah dalam mencubanya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts