Recent Posts

Tuesday, October 27, 2015

Terkejut temui rama-rama luar biasa

Terkejut temui rama-rama luar biasa:

Britain – Seorang kakitangan di Pusat Dunia Rama-Rama di sini terkejut selepas menemui seekor rama-rama luar biasa yang memiliki dua jantina berbeza.

“Saya menyedari ia luar biasa kerana pada lazimnya, rama-rama jantan berwarna hitam hampir seluruh badannya, manakala betina hanya memiliki tompokan kecil berwarna merah dan kekuningan.

“Namun, saya amat terkejut apabila melihat sebahagian badannya berwarna hitam, manakala sebahagian lagi memiliki tompokan merah dan kuning sekali gus membuktikan ia memiliki dua jantina,” katanya yang enggan dikenali.

Rama-rama spesies Great Mormon itu ditemui di Pusat Dunia Rama-Rama yang terletak di St Albans, Hertfordshire baru-baru ini.

Menurut beberapa pakar di pusat itu, perubahan fizikal rama-rama menjadi separuh betina dan separuh jantan itu hanya berlaku kira-kira satu dalam 10,000 ekor rama-rama.

Sementara itu, seorang pakar rama-rama, Louise Hawkins berkata, fenomena aneh itu berlaku ketika perkembangan awal serangga berkenaan disebabkan kromosom haiwan tersebut tidak terbahagi dengan betul.
                                 Rama-rama


“Keadaan itu menyebabkan ia menjadi tidak subur selain jangka hayat rama-rama berkenaan singkat kerana organ dalamannya menjadi bercampur aduk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts