Recent Posts

Thursday, October 6, 2016

Kisah Sedih Kucing Bernama Tombili

ISTANBUL 5 Okt. – Penduduk di kawasan kejiranan Ziverbey di bandar Kadikoy dekat sini membina tugu kecil bagi mengabadikan kenangan mereka bersama seekor kucing, Tombili yang pernah mencetuskan fenomena di media sosial Turki awal tahun ini.


Menurut portal msn.com, Tombili menjadi terkenal selepas gambar aksi comelnya bersandar di sebuah sudut kaki lima kawasan kejiranan tersebut menjadi viral dan dikongsi beribu-ribu kali oleh penguna internet hampir di seluruh dunia.

Namun kucing gemuk yang menjadi kesayangan penduduk itu disahkan mati pada Ogos lalu selepas lebih sebulan bertarung nyawa akibat jangkitan penyakit.

Setelah kematiannya, portal petisyen change.org berjaya me­ngumpulkan 17,000 tandatangan daripada penduduk yang me­minta Majlis Perbandaran Kadıkoy untuk memperingati Tombili.

Seorang pengukir tempatan, Seval Sahin bersetuju untuk menghasilkan patung gangsa berbentuk kucing seolah sedang bersandar di kawasan kaki lima yang menjadi kegemaran Tombili.

Patung itu telah dirasmikan semalam sempena Hari Haiwan Sedunia dan pada majlis itu, Timbalan Datuk Bandar Kadıkoy, Basar Necipoglu turut mengucapkan terima kasih kepada pencinta haiwan di kawasan tersebut.

Bandar raya Istanbul sememangnya terkenal sebagai tempat tinggal kepada beratus ribu ku­cing yang dijaga dengan baik oleh penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts