Recent Posts

Saturday, October 10, 2015

Demi Kucing

Demi Kucing
NORASHIKIN bermain bersama kucing di belakang rumah. 


Alor Gajah: Seorang gadis bukan saja memperuntukkan sebahagian daripada gajinya setiap bulan untuk memelihara 70 kucing jalanan, malah kini dalam proses membuka pusat perlindungan haiwan itu di kawasan lapang di belakang rumahnya di Kampung Paku, Kelemak, di sini.

Norashikin Ahmad, 22, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Ayer Keroh, dekat sini, berkata, usahanya menyelamatkan kucing jalanan bermula sejak Februari lalu selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Katanya, dia tidak sampai hati membiarkan haiwan berkenaan hidup terbiar, apatah lagi kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW selain arwah bapanya mempunyai minat yang sama.

“Apa yang menyedihkan ada antara kucing jalanan ditemui bukan saja dalam keadaan kelaparan bahkan mempunyai penyakit seperti kurap, masalah kulit dan jangkitan kuman menyebabkan saya tekad membawa haiwan itu pulang ke rumah untuk dirawat.

“Malah, ketika diselamatkan kaki belakang sebelah kanan seekor kucing berulat dan hampir putus dipercayai akibat dilanggar kenderaan. Bahagian yang terjejas itu dipotong bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius atau haiwan berkenaan akan mati,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts