Recent Posts

Thursday, October 15, 2015

5 Resort Atas Air Terbaik Untuk Bulan Madu

5 Resort Atas Air Terbaik Untuk Bulan Madu:

Menjadi kelaziman buat pasangan yang baru berkahwin mempunyai perancangan untuk berbulan madu ke desitinasi yang mereka impikan.

Namun kadang-kala mereka juga buntu tidak tahu untuk honeymoon ke tempat yang menarik dalam menyemai kasih dan sayang mereka.

Jangan risau, portal Murai senaraikan resort atas air di dalam negara yang sangat sesuai untuk berbulan madu, buat pasangan yang mementingkan suasana romantis.

Lokasinya yang amat cantik dan dikelilingi dengan air laut yang membiru boleh membuatkan hati anda akan berasa tenang dan damai untuk menghabiskan masa bersama dengan pasangan anda. Berikut adalah resort atas air terbaik pilihan Murai.

. Avillion Port Dickson

Mengambil inspirasi dari perkampungan nelayan di negara ini, Avilion Port Dickson adalah gambaran ketenangan tanpa perlu jauh meninggalkan kesibukan kota.

Dengan konsep senibina tradisional tetapi menyediakan kemudahan serba moden, di sini anda boleh berehat sepenuhnya dan meninggalkan seketika bebanan kerja.

Turut di sediakan di sini adalah aktiviti berkayak, basikal hydro dan kapal luncur angin bagi mereka yang sukakan aktiviti sukan air. Tempahan boleh dilakukan di PortDicksonHotels.net

                          resort atas air terbaik untuk bulan madu


4. Mabul Water Bungalows

Terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah, Banglo Air Mabul telah dinobatkan sebagai salah satu dari the best dive bases in the world kerana kejernihan airnya.

Dekorasi gaya moden di villa terapung ini menjadikan ia kelihatan segar. Kemudahan internet turut disediakan di sini agar anda tetap kekal berhubung dengan dunia luar.

Tiap kali menjenguk ke balkoni di bilik, pastinya anda dihidangkan dengan panorama indah serta air nya yang jernih dan berwarna hijau kebiruan.

Perkhidmatan rawatan spa turut disediakan di resort ini. Tempahan boleh dilakukan di MabulWaterBungalows.com.

3. Lexis Hibiscus Port Dickson

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Posrt Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan menarik.

Resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil di sapa angin dari Selat Melaka.

Bagi yang mahukan privacy, resort ini turut menawarkan pakej kolam renang di dalam bilik. Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda.

Satu tetingkap kaca turut di bina di dalam bilik resort agar anda berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas di sekitar resort ini. Untuk tempahan anda boleh ke website Lexis Hibiscus PD.

2. Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Gayana dan Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, di luar Pantai Borneo. Sebaik saja berada di resort ini, puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan.

Layanan di sini pula adalah 1st class. Sarapan anda akan dihantar ke bilik jika anda lebih suka menikmati makan pagi sambil menikmati deburan ombak tanpa perlu meninggalkan bilik anda.

Resort ini turut menawarkan spa dengan menggabungkan rawatan cara barat dan cara timur.

Pusat pemulihan haiwan turut ditempatkan di sekitar resort ini bagi mereka yang meminati bidang biologi marin. Anda boleh melihat kerang gergasi bertelur jika anda bernasib baik, atau menyentuh tapak sulaiman sampai ke tangan yang dipelihara dalam tangki.

Lapangan terbang terdekat untuk ke resort ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk tempahan dan info lengkap anda boleh ke website Gayana Eco-Resort.com.

1. Sipadan Water Village

Diilhamkan dari senibina rumah orang-orang Bajau, Sipadan Water Village menawarkan percutian menarik untuk anda.

Apatah lagi dengant air laut yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini satu tarikan kepada penggemar sukan menyelam skuba.

Tak pandai scuba dive? Tak mengapa. Cukup jika anda mahu snorkeling atau sekadar berehat menenangkan minda di sini.

Suasan resort yang tenang sudah pasti buat anda seronok berada di sini sambil menikmati keindahan alam. Untuk info lengkap dan tempahan sila ke Sipadan-Village.com
Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 1 Oktober 201

No comments:

Post a Comment

Popular Posts