Recent Posts

Tuesday, November 3, 2015

Kejam..Anjing Hampir Mati Di Seksa Pelajar Universiti

Kejam..Anjing Hampir Mati Di Seksa Pelajar Universiti
PETALING JAYA: Hanya kerana tidak mahu mengikutnya keluar, seorang lelaki bertindak kejam terhadap seekor anjing apabila menggantung haiwan itu dengan cara menarik tali pada leher haiwan berkenaan.
Kejadian itu berlaku di Singapura dan lelaki terbabit merupakan seorang mahasiswa.
Berdasarkan penelitian menerusi visual yang tersebar, anjing yang diseksa lelaki itu kelihatan terhenti nafas dan kaku sambil ekornya bergerak-gerak.
Difahamkan, punca yang menyebabkan anjing itu diperlakukan demikian hanya semata-mata haiwan itu tidak mahu mengikutnya keluar rumah.
Aksi kejam lelaki itu telah dirakam oleh rakannya yang kemudian dimuat naik ke Youtube.
Perbuatan kejam lelaki itu mendapat cemuhan daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan tidak berakhlak.
Malah, tindakan lelaki itu turut dikecam para pencinta haiwan yang berharap agar lelaki itu mendapat pembalasan diatas perbuatan kejamnya itu.

Difahamkan pihak SPCA negara itu telah mengambil tindakan terhadap si pelaku terbabit.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts