Recent Posts

Tuesday, October 20, 2015

5 Homestay Terbaik Untuk Sweet Escape

5 Homestay Terbaik Untuk Sweet Escape:

Menjadi kebiasaan semua orang, apabila ingin keluar bercuti mesti memikirkan soal hotel yang sesuai untuk menginap.

Apa kata percutian anda untuk di masa akan datang, menginaplah di inap desa atau perkataan mudahnya ialah homestay.

Homestay yang ada di seluruh negara tidak kurang hebatnya terutama bagi mereka yang jarang-jarang sekali untuk merasakan suasana kampung yang damai dan tenteram.
Jadi portal senaraikan 5 Homestay yang terbaik buat anda dan mungkin boleh dijadikan pilihan untuk keuar bercuti bersama keluarga terutama di musim cuti persekolahan.

5. Kampung Relau, Kedah

Ia merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Bandar Baharu di Selatan Kedah Darul Aman.

Lokasinya berhampiran dengan Utara Perak dan bersempadan dengan Seberang Perai Selatan.
Perjalanan ke sini dari Pulau Pinang hanya mengambil masa selama 45 minit manakala dari Parit Buntar Perak hanya minit sahaja.

Jika anda mahu merasai pengalaman balik kampung yang sebenar, Homestay Kampung Relau ada jawapannya.
Anda akan disambut dengan persekitaran yang nyaman apabila dikelilingi dengan pokok buah-buahan tempatan bermusim yang lazat seperti durian, langsat, manggis, rambutan, dokong, cempedak dan lain-lain.

Anda juga berpeluang melakukan aktivititradisional seperti sukan rakyat, menonton persembahan rakyat seperti perkahwinan Melayu, nasyid, boria dan macam-macam lagi.



                               
4.Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang

Terletak lebih kurang 22 km dari bandar Butterworth, homestay ini sering menjadi tumpuan terutamanya pada musim buah-buahan.

Perkampungan yang masih mengekalkan ciri-ciri desa yang sesuai untuk pembangunan industri pertanian dan kampung membolehkan pelancong menikmati aktiviti-aktiviti penduduk kampung.
Bermula dengan melihat pokok getah yang diproses menjadi kepingan getah, anda juga boleh belajar membuat hidangan Melayu seperti kuih bahulu, kek span gebu, sate dan banyak lagi.

Ini termasuk sukan tradisional seperti sepak raga, gasing, jong dan sebagainya boleh dikutip di sini.
Paling menarik, anda berpeluang melihat bagaimana pembuatan tikar dan bedak sejuk yang anda pakai setiap hari dihasilkan.

3. Kampung Pelegung, Negeri Sembilan

Berbeza dari bandar, di sini anda berpeluang menikmati kehidupan sebenar kampung.
Jika anda biasa terbangun pagi dengan deruman enjin, kali ini anda akan dikejutkan dengan bunyi ayam jantan berkokok.

Sambil menghirup udara segar, anda berpeluang mengikuti aktiviti mengumpul telur ayam dari reban atau belajar menoreh pokok getah, berendam di dalam sungai, menangkap ikan menggunakan tangan dan belajar memasak kuih-muih orang Melayu.

Bagi anda yang mahukan aktiviti luar, anda pasti akan seronok berjalan mengikut trek ke hutan hujan tebal dan berpeluang menikmati air terjun dan sungai yang jernih.

Sekembali dari hutan, anda boleh mencuba urutan kampung yang melegakan! Mudah saja untuk sampai ke sini. Ia terletak km dari bandar Seremban.

2. Kampung Pantai Suri, Kelantan

Setibanya anda di homestay ini, anda akan disambut dengan binatang peliharaan seperti itik, kambing dan kambing biri-biri.

Perjalanan untuk ke Kampung Pantai Suri mengambil masa kira-kira 20 minit menerusi bot.
Homestay ini terletak di muara Sungai Kelantan berhampiran Tumpat dan Laut China Selatan.
Di sini, anda akan mula mengenali kehidupan para nelayan yang bangun awal pagi untuk turun ke laut.

Selain menjejak pasir pantai yang halus, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya mencuba menghasilkan kuih tradisional seperti kuih sepit, merasa kerabu nipah dan bermain congkak.

Anda tidak akan menjumpai kereta melainkan motosikal dan basikal sahaja.

1. Kampung Sungai Pasu, Pahang

Pernah dinobat Kampung Terbersih di peringkat daerah dan negeri Pahang, homestay ini menyajikan pemandangan yang indah.

Bermula dari rumah tradisional sehinggalah ke bentuk moden, semuanya merupakan lanskap buatan sendiri.

Kawasan rekreasi ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Dong, mengambil masa lebih kurang 40 minit dari bandar Raub.

Homestay ini merupakan kemegahan pusat tasik semulajadi, kolam tumbuhan dan kolam ikan air tawar.

Anda boleh menaiki keretapi ke Kuala Lipis dan meneruskan perjalanan ke Kampung SUngai Pasu.
Terdapat pelbagai aktiviti seperti mendaki bukit, Jungle Trekking, melawat kampung orang asli, persembahan budaya, pengalaman menjadi petani dan memancing.
Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 20 Oktober 20

No comments:

Post a Comment

Popular Posts